You are hereBlogs / Maarof Salleh's blog

Maarof Salleh's blog


PENDIDIKAN MEMBINA WATAK

Makalah berikut diterbitkan di Berita Harian Singapura pada 18 November 2011.
 
Oleh Maarof Salleh  
 
RAMAI ibu bapa, terutama generasi lama, tentu menyambut baik hasrat Menteri Pendidikan Heng Swee Keat menjadikan pembinaan watak antara matlamat utama sistem pendidikan negara ini.
 
Mungkin ada orang menganggap ini bak kata pepatah Inggeris, better late than never (biar lambat asal jangan tak ada).
 

KEMBALIKAN TUJUAN ASAL KORBAN

 
Makalah berikut diterbitkan di Berita Harian Singapura pada 4 November 2011.
Oleh Maarof Salleh
 
UMAT Islam sekali lagi menyambut Aidiladha. Sekitar 2,180 orang jemaah Singapura yang berangkat ke tanah suci bagi menunaikan fardu haji tentu berasa beruntung terpilih menjadi tetamu Allah.
 
Bagaimana pula dengan sekitar 600 orang yang terkandas hajat mereka dek gagal mendapatkan visa? Umumnya pasti hampa.
 
Namun, ada yang melihatnya secara positif sebagai ujian Allah agar membuat persiapan lebih rapi.
 

KITA PERLU TAFSIRAN AGAMA YANG ADIL

Makalah berikut diterbitkan di Berita Harian Singapura pada 28 Oktober 2011

Oleh Maarof Salleh
 
SEORANG rakan menulis agar masyarakat Islam menolak konservatisme, tetapi memberi pentafsiran liberal dalam berdakwah demi memanfaatkan suasana pragmatik di sini.
 

TUJUAN BAIK DAN CARA PUN MESTI BAIK

Makalah berikut diterbitkan di Berita Harian Singapura pada 14 Oktober 2011
 
Oleh Maarof Salleh
 
MEMPUNYAI niat atau tujuan yang jelas penting dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.
 
Jika anda berada di sesuatu tempat dan jelas tujuan atau arah mana yang hendak dituju, anda akan lebih pasti memilih cara paling mudah dan selamat menuju ke destinasi anda itu.
 

MEMBETULKAN SALAH FAHAM PADA ISLAM

Makalah berikut diterbitkan di Berita Harian Singapura pada 7 Oktober 2011.
 
Oleh Maarof Salleh
 
MENGAPAKAH masih terdapat kekeliruan atau salah faham yang ketara terhadap beberapa ajaran dan gagasan Islam?
 
Ini bukan sahaja berlaku pada kalangan penganut agama lain, malah di kalangan umat Islam sendiri, termasuk cerdik pandainya.
 

AGAR SEPAKAT HIDUP BERBILANG BUDAYA

Makalah berikut diterbitkan di Berita Harian Singapura pada 30 September 2011.

Oleh Maarof Salleh
 
GAGASAN 'berbilang budaya' (multiculturalism) kian dipopularkan di Barat, terutama selepas Perang Dunia Kedua.
 
Ia ditakrifkan dengan pelbagai makna di kalangan masyarakat dan negara-negara di Barat sehingga timbul perbezaan dasar yang ketara, terutama di Eropah.
 

MEMBANGUN PEMIKIRAN SEGAR

Makalah berikut diterbitkan di Berita Harian Singapura pada 23 September 2011.
 

Oleh Maarof Salleh
 
TERDAPAT minat bertambah dalam mengetengahkan pemikiran segar dalam masyarakat mutakhir ini.
 
Terdapat kepelbagaian idea dengan penyertaan yang datang daripada pelbagai latar belakang umur, pendidikan dan pekerjaan.
 
Masing-masing kelihatan selesa berinteraksi dalam menyumbangkan idea yang boleh dimanfaatkan dalam usaha memajukan masyarakat.

TEKAD PERKUKUH INSTITUSI PERKAHWINAN

Makalah berikut diterbitkan di Berita Harian Singapura pada 9 September 2011.

 
Oleh Maarof Salleh
 
SEBELUM berundur, Encik S R Nathan, Presiden keenam Singapura, sempat menyatakan keprihatinannya mengenai kadar perceraian orang Melayu yang tinggi.
 
Hal ini menarik perhatian ramai orang, termasuk seorang teman rapat saya. Encik Nathan berasa kecewa terhadap sikap sesetengah anak muda kita memasuki alam perkahwinan tanpa persiapan rapi. Hal ini antara punca meningkatnya perceraian.
 

MENILAI PRESTASI DI BULAN RAMADAN

Oleh Maarof Salleh
 
Makalah berikut diterbitkan di Berita Harian Singapura pada 26 Ogos 2011.
 
RAMADAN tinggal hanya beberapa hari.
 
Mungkinkah kita berpeluang menemuinya pada tahun depan? Wallahuaklam.
 
Terdapat beberapa suasana yang ketara dirasakan di kalangan masyarakat Muslim ketika ini.
 

MENANTI ANUGERAH TERTINGGI RAMADAN

Oleh Maarof Salleh
 
Makalah berikut diterbitkan di Berita Harian Singapura pada 19 Ogos 2011.
 
ANTARA keistimewaan Ramadan ialah berlakunya lailatulqadar atau 'malam Al-Qadar'. Ulama telah memberikan pelbagai panggilan kepada malam istimewa itu, termasuklah 'malam kemuliaan', 'malam kehebatan' atau 'malam kekuasaan'.