You are hereBlogs / Maarof Salleh's blog / KITA PERLU TAFSIRAN AGAMA YANG ADIL

KITA PERLU TAFSIRAN AGAMA YANG ADIL


By Maarof Salleh - Posted on 01 November 2011

Printer-friendly versionSend to friendPDF version

Makalah berikut diterbitkan di Berita Harian Singapura pada 28 Oktober 2011

Oleh Maarof Salleh
 
SEORANG rakan menulis agar masyarakat Islam menolak konservatisme, tetapi memberi pentafsiran liberal dalam berdakwah demi memanfaatkan suasana pragmatik di sini.
 

Pandangannya banyak dipengaruhi perkembangan di Malaysia dan Indonesia, dua negara majoriti Muslim rantau ini.
 
Beliau menyifatkan isu hudud sebagai contoh konservatisme. Hal ini berikutan saranan Parti Islam SeMalaysia (PAS) agar terus melaksanakan hudud walaupun dibantah beberapa komponen dalam Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotai PAS. Barisan Nasional (BN) yang memerintah terus menyelar niat PAS.
 
Turut dibantahnya tindakan atas nama Islam yang menyekat interaksi masyarakat majmuk - pergaulan muda-mudi atau berhibur di kelab malam dan disko sehingga mengawal kebebasan kaum wanita untuk bekerja sehingga menyandang jawatan tinggi.
 
Dengan bersikap liberal, termasuk dalam pentafsiran agama, beliau percaya masyarakat Muslim dapat membina kehidupan harmoni dengan masyarakat majoriti bukan Muslim.
 
Bukan saja bersikap liberal itu pragmatik, tambahnya, malah sesuai dengan amalan demokrasi yang ditakrifkannya sebagai 'situasi yang menerima golongan majoriti sebagai penentu'.
 
Atas alasan sama, beliau berpendapat Muslim di sini hanya boleh melaksanakan amar makruf (menganjurkan kebaikan), tetapi bukan nahi mungkar (mencegah keburukan).
 
Yang dimaksudkan nahi mungkar iaitu mengamalkan hukum hudud seperti hukuman rejam ke atas penzina, pengharaman arak atau penutupan kelab malam dan disko mustahil dapat dilaksanakan tanpa menjejas bukan Muslim, hujahnya.
 
Pandangan rakan tadi bukan baru. Pandangan serupa pernah saya dengar daripada sebilangan orang.
 
Pandangan seperti itu mungkin bertujuan baik - inginkan Muslim dalam arus perdana. Kononnya, konservatisme menghalang kemajuan Muslim dalam masyarakat majmuk.
 
Suara demikian timbul berikutan rasa kecewa melihat bagaimana beberapa aspek ajaran Islam digarap tanpa mengambil kira konteks perubahan masa, situasi dan kondisi.
 
Akibatnya, Islam disalah faham dan Muslim terus dicurigai sebagai terlalu memaksakan kehendak agamanya.
 
Sayangnya, pandangan seperti ini masih dikaburi beberapa kesamaran, prasangka dan hujah yang bercanggahan atau tidak konsisten.
 
Keinginan menolak nahi mungkar, misalnya, jelas menggambarkan kekeliruan memahami perintah agama. Hakikatnya, tugas nahi mungkar terserah kepada keupayaan setiap Muslim (bak terdapat dalam hadis terkenal):
 

  • dengan tangan (jika berkuasa);

 

  • dengan lisan (orang awam menerusi ucapan dan tulisan); atau

 

  • dengan hati (membenci kebatilan bagi orang yang paling lemah imannya).

 
Bersikap liberal bermakna 'menerima kepelbagaian pandangan sebelum akhirnya menerima sesuatu yang dipersetujui benar'.
 
Konservatisme itu sendiri tidak jelas difahaminya. Adakah setiap usaha kembali kepada hukum Islam dinilai konservatisme? Apakah benar hukum Islam sudah lapuk dengan keperluan zaman moden?
 
Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, pernah menyatakan jika kembali kepada peraturan Islam yang asal dan benar dikatakan 'fundamentalisme' (serupa konservatisme?), beliau rela dilabel sebagai fundamentalis!
 
Menyifatkan pelaksanaan beberapa hukum Islam sebagai tidak sesuai dengan keperluan masa itu menimbulkan persoalan prinsip - benarkah hukum Tuhan itu hanya sesuai dalam konteks terbatas dan bukan lagi menjadi rahmat seluruh alam?
 
Lalu timbul persoalan lain: apakah yang salah itu hukum Tuhan atau disebabkan hukum itu tidak difahami tujuan dan semangatnya, sehingga berlaku pentafsiran yang salah yang membawa kepada kekeliruan dalam melaksanakannya?
 
Jika alasan kedua itu yang benar, siapakah yang bersalah? Mungkin ulama, mungkin juga umara.
 
Jika masalahnya berpunca daripada hukum Tuhan tidak difahami sepenuhnya yang menyebabkan timbul pentafsiran yang menyalahi maksud dan semangat agama, penghuraiannya mestilah dengan membetulkan kelemahan ini.
 
Ada sesetengah amalan Muslim yang sering dikritik, antaranya yang bersifat tradisi sesebuah puak. Contohnya, amalan kahwin paksa ke atas wanita masih berlaku pada sesetengah masyarakat Muslim. Larangan memandu bagi wanita masih berlaku di Arab Saudi.
 
Dalam bukunya, Al-Quran Kitab Zaman Kita (terjemahan), Syaikh Muhammad Al-Ghazali (1917- 1996) telah membahas pelbagai aspek kelemahan metodologi dalam memahami Al-Quran, sumber utama ajaran Islam.
 
Beliau menyesali kelemahan Muslim 'dalam membangun metodologi pemahaman Al-Quran serta menjadikan Al-Quran sebagai teman berdialog dalam kehidupan'.
 
Kesannya, kita gagal menjadikan Al-Quran sebagai nilai tambah dalam kehidupan ummah sesuai dengan fungsinya sebagai pedoman sepanjang masa.
 
Menurut Syaikh Muhammad, kelemahan metodologi yang utama ialah sikap memberi tumpuan pada sudut fiqah dalam memahami Al-Quran dan kecenderungan memahami Al-Quran (dan hadis) secara literal.
 
Beliau menegur para ahli fiqah yang membataskan pengertian fiqah pada sekadar penyimpulan hukum syariat daripada dalil-dalilnya yang terperinci.
 
Walhal, hujahnya, fiqah secara etimologis mempunyai erti yang jauh lebih luas yang perlu mencakup fiqah falak, fiqah akhlak, fiqah peradaban, fiqah psikologi dan sebagainya.
 
Inilah punca berlakunya pemahaman agama secara literal dan tidak mengambil kira perubahan masa, situasi dan konteks.
 
Beliau memberi contoh bagaimana Al-Quran dan kitab hadis dibaca sekadar mengharapkan keberkahan bagi mencapai kemenangan tanpa menghayati pengertian yang dianjurkan.
 
Dikisahkannya: Terdapat masyarakat Muslim yang menjelang pertempuran hanya membaca kitab Al- Bukhari bagi mendapat keberkahan dan kemenangan.
 
Tidak demikian dengan sikap generasi Muslim terdahulu ketika berhadapan ancaman serangan tentera Romawi dari laut.
 
Walaupun tanpa pengalaman berperang laut, mereka tahu tidak mungkin beroleh kemenangan kecuali berusaha membuat kapal laut dan menghadang musuh sebelum masuk ke wilayah Islam.
 
Mereka membaca Al-Quran, memahaminya dengan bantuan hadis, kemudian mengusahakan tindakan.
 
Selepas generasi awal, ajaran agama Islam banyak difahami secara tersurat. Misalnya, hadis 'Air laut itu suci airnya dan halal bangkainya' hanya dikaitkan dengan anjuran Muslim makan ikan (atau hidupan laut).
 
Keterbatasan itu dikukuhkan lagi dengan sebuah hadis lemah: 'Janganlah seseorang mengharungi lautan kecuali untuk haji atau umrah atau perang di jalan Allah.'
 
Tafsiran literal itu tentu gagal mendorong usaha ummah 'membangun potensi laut'.
 
Mengenai status wanita juga, ada fatwa yang disifatkan kurang menyebelahi kepentingan wanita. Namun, ijtihad Imam Abu Hanifah pula memberikan wanita hak melaksanakan akad nikahnya sendiri serta hak menceraikan suaminya.
 
Sayangnya, kekurangan ilmu dan sikap taksub kepada seseorang mujtahid menyebabkan umat menutup diri mereka daripada terbuka dan bersedia menerima pandangan yang berbeza yang dibolehkan agama.
 
Di sebalik kelemahan hujah rakan saya tadi, seruannya agar Muslim bersedia membuat pentafsiran semula ke atas beberapa ajaran Islam wajar mendapat perhatian.
 
Pokoknya, pentafsiran semula itu hendaklah berada dalam kerangka ajaran dan semangat ajaran Islam yang benar dan seimbang.
 
 
 

Assalamualaikum. I read your comments regarding my pro-Liberal views - in today's Berita Harian. I am happy that at least you take it seriously. Here I just want to reply to your comments.
First of all, when you use the word "justice" or "adil", you have implicitly assumed a value system. But the world before the Industrial and Scientific Revolutions - is very very different from the world after those revolutions. The structure of society has changed very much. In particular - the societal norms of 12th century Baghdad are NOT the societal norms of 21st century Singapore. Take pre-marital sex for example. Today where free-mixing of the sexes is a given common-occurrence  - how much can we stigmatise pre-marital sex ? In fact - in the streets of Singapore today - pre-marital sex is the norm ! What do we do about it ? If Nahi Mungkar is just limited to passing advice or comments - then it won't go far because there is no enforcement.  We already have been giving such advice via mosque sermons and so on.  Yet how effective has it been – without enforcement ? On the other hand - we certainly cannot legislate enforcement against pre-marital sex. End result ? Here you see that the phrase "Islamic Justice" is quite problematic - until you can discuss the changes in values within society. Lets face it - the reality today is that societal norms are definitely not the same as Classical Islamic norms. Our value system has changed. What is justice if we as a society - cannot even agree as to what is right or wrong ? It is only when you have a common understanding and framework of what is right and wrong – that you can build a fair system ! But in ASEAN – we do not even have that !
So before you even talk of finding a just interpretation of Islam - I strongly urge you to think about the values that we actually subscribe to in practice today. I can tell you for a fact - that we do NOT subscribe - in practice - to the values of 12th century Baghdad. And I would go even further and say that in fact - we can NEVER subscribe to those values of the Classical Islamic period due to the enormous changes in social structure that has taken place over the past 1000 years. I would urge you to seriously think about the compatibility between  Classical Islamic Syariah on one hand, and Industrialization on the other. Are they really compatible ?
Secondly - I dispute Mahathir's claim that there is a single true interpretation of Islam that he can return to. There is none. The fact is that - though the Quran is God's Word - it is however Human interpretation and Human implementation that we have to deal with. No one today has access to a Divine Interpretation of Islam as there are no more Prophets. No one today can claim to a one single true interpretation of Islam. Whether Muslims admit it or not - Islamic Rules are mostly Human constructs.....Mahathir’s interpretation is as good as yours or mine. He has no access to a Divine Interpretation. He refers to Islam as originally given to the Prophet. Well and good. But the problem is – who has access to that kind of interpretation in today’s context ? No one ! So what exactly is the original interpretation of Islam that Mahathir is talking about – and which is applicable to today’s context ? Neither me nor you nor anyone else knows what it is !
The way I see it – only a Liberal interpretation of Islam can bring about social progress. That only a Liberal interpretation of Islam is compatible with Industrialization and Scientific Modernity……Wassalam.