You are hereLt. Adnan: Lihat pada perspektif lebih luas

Lt. Adnan: Lihat pada perspektif lebih luas


By Penghulu - Posted on 16 September 1995

Printer-friendly versionSend by emailPDF version

Berikut ialah surat saya yang diterbitkan di Forum Berita Harian pada 16 September 1995:
 
SAYA sangat tertarik akan liputan sesi di­alog anjuran Taman Bacaan (BH 12September) Ahad lalu. Walaupun saya tidak dapat menghadiri sesi tersebut, saya ingin membuat se­dikit sumbangan kepada per­bincangan itu.
 
Keperwiraan AllahyarhamLeftenan Adnan Saidi me­mang tidak dapat disangkal. Saya pertama kali mengenali­nya dari buku rencana Baha­sa Melayu, ketika di bangku sekolah rendah dekad 60-an.
 

Dari pengorbanannyalahsaya menghayati pepatahMelayu `Biar putih tulang, ja­ngan putih mata'.
 
Namun, perbincangan da­lam sesi dialog Ahad lalu, pa­da hemat saya, terlalu ter­tumpu kepada LeftenanAdnan. Untuk lebih mengin­safi erti keperwiraan dan per­juangan Askar Melayu, kitaharus mengambil perspektifyang lebih luas.
 
Allahyarham LeftenanAdnan adalah di antara lebih500 anggota Briged PertamaAskar Melayu, yang ditugasmempertahankan kawasanPasir Panjang dalam Februa­ri 1941, daripada kemaraantentera Jepun.
 
Keperwiraan unit itu akanlebih terserlah jika kita lihatbahawa itulah kali pertama anggotanya menghadapi mu­suh, sedangkan lawannya ia­lah Divisyen ke-18 Angkatan Darat Jepun, yang cukup ma­sak dalam ilmu berperang, pengalaman dalam kempen di China sebelum­nya.
 
Tambahan pula, bilangan askar Jepun lebih ramai dari­pada anggota Askar Melayuyang bertahan di Pasir Pan­jang.
 
Dengan perbezaan itu, ke­lakonan Askar Melayu yang tidak berganjak daripada keududukan mereka, malah bertahan hingga mati, men­cerminkan semangat keper­wiraan yang tiada tandingnya dalam seluruh kempen Perang Dunia II, di Malaya danSingapura.
 
ARCADI TEMPATNYA
Pertempuran Bukit Candu sebenarnya bermula dari South Buona Vista Road, ja­lan yang membelah PasirPanjang Ridge dan digelar`The Gap', dan berakhir di Bukit Candu.
 
Selama 48 jam anggota Briged Pertama Askar Mela­yu diserang bertalu-talu, di­hujani bom dari meriam ka­tak serta serangan udara.
 
Inilah juga kali pertama dalam seluruh kempen Ma­laya yang kemaraan angkatan Jepun dapat dihentikan. Bukit Chandu juga merupakan satu-satunya medan dalam kempen Malaya dimana pertarungan dengan benet(hand-to-hand combat) berlaku.
 
Untuk memperdayakan Askar Melayu, Jepun cuba menyamar sebagai askar Punjab dengan bersarban, te­tapi tipu helah mereka dike­tahui dan mereka dikalah­kan.
 
Oleh kerana pertempuran itu bermula di kawasan Kent Ridge Park sekarang, saya ra­sa tidaklah salah arca per­ingatan Askar Melayu didiri­kan di sana.
 
Tambahan pula, tempat itu banyak menarik pengun­jung, berbanding dengan Bukit Candu yang terlalu sepi hari ini.
 
Dengan adanya arca itu di tempat tumpuan umum, mu­dah-mudahan  Melayu tidak akan di­lupakan oleh generasi seka­rang dan akan datang.
 
LT. ADNAN DIBAKAR?
 Suatu lagi persoalan yang timbul ialah sama ada mayat Leftenan Adnan telah diba­kar oleh askar Jepun  ditawan dan diseksa. Pada hemat saya, ini tidak mungkin terjadi.
 
Pertama, kebanyakan la­poran tentang kematian Al­lahyarham Leftenan Adnan menyebut beliau di gantung dari pokok dan ditikam ber­talu-talu dengan benet. Tidak ada kenyataan yang menun­jukkan mayat beliau dibakar.
 
Kedua, askar Jepun tidak berkumpul semula(regroup) di Bukit Chandu setelah Askar Melayu dikalahkan.
 
MaLah, mereka terus mara kearah Alexander Road untuk memusnahkan tempat simpanan peluru British dan melakukan kekejaman di Hospital Alexandra. Di sini­lah ratusan pesakit dan ang­gota perubatan dibunuh.
 
Mungkin, soal mayat di­bakar itu dikelirukan dengan suatu kejadian lain di mana enam orang anggota dari unit Leftenan Adnan sempat be­rundur.
 
Mereka terpaksa melom­pat sebatang parit yang berisi minyak yang terbakar. Dua daripada mereka terjatuh dan mati terbakar.
 
LT. ADNAN KEBAL?
 Bahan-bahan bacaan yang ada banyak memberi jawa­pan kepada persoalan itu.
 
Tetapi saya tidak mempu­nyai jawapan tentang samaada Leftenan Adnan itu mempunyai `ilmu' kebal. Ke­bal atau tidaknya Allahyar­ham Leftenan Adnan serta rakan-rakan seperjua­ngannya tidaklah penting.
 
Yang penting ialah mere­ka telah berkorban jiwa raga mempertahankan kedaulatan.
 
Mereka rela mati di hu­jung benet untuk memperta­hankan ibu pertiwi. Kejadian di Bukit Candu banyak memberi iktibar kepada kita.
 
Erti kesetiaan, patrio­tisme, keperwiraan dan pro­fesionalime ditulis dengan darah dan keringat di bukit sepi itu lebih 50 tahun lalu.
 
Saya harap kenangan dan pengajaran yang sangat ber­harga ini tidak akan dikaburi oleh kepercayaan kepada soal tahyul yang tidak ada asas logiknya.
 Abdul Rahman b Mohd Said
Singapura 1852